Senang sangat nak buat apam susu ni. Makan pon sedap. Kalau
rajin cubalah buat. Kalau malas tempah aje.. :)
Bahan :
2 cwn tepung gandum
4 bj telur
1 cawan gula pasir
1 sudu besar ovalate
4 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
pewarna
Cara-cara :
Pukul telur bersama ovalate, gula dan susu pekat smpai
kembang.
Masukn esen vanila, pukul sekejap, kemudian masukkan tepung
dan gaul sebati.
Bahagi adunan kepada
beberapa bahagian dan warnakan.
Sapu loyang dengan minyak masak. Kemudian masukkan adunan
yang telah diwarnakan ke dalam loyang selang seli
Kukus 45 minit.
* Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak
menitik atas apam semasa kukus.