Selamat Datang...Fafau de Craft

Menerima Tempahan Cupcakes, Fondant Cupcakes, Cakes (Red Velvet/Moist Choc/Rainbow/ Karamel/Wedding Cakes), Pavlova, Muffin, Cookies,Homemade Chocolate, Apam Mekar, Apam Dot Dot, Gubahan Hantaran, Bunga Telur untuk sebarang majlis. Hubungi Fafau de Craft 019 - 385 0889 yang bertempat di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam, Selangor . Saya juga merupakan Dealer Everlynn Negeri Selangor ( Glenmarie/TTDI Jaya).

Wednesday, October 3, 2012

Cek Mek Molek Kelate :)

Arini tetiba nak story pasal kuih klate favrot sy iaitu cek mek molek. Bosan upload pict order hari²...arini nak share resepi yg sgt simple dan sng nak buat! ( Baru tau senang ok... :/ )..Ptg semalam saya telah berjaya membuat Cek Mek Molek!!!hahaa sabar je laa..

Inilah hasilnya kawan²...cute,comel & sedappp!

Resepi Cek Mek Molek Kelantan 
Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
• 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
• 1 cawan tepung gandum
•  gula
•  minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2.Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3.Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4.Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
5.Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

~ Selamat Mencuba ~

2 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

bawak esok weh!!!!

hahahahha panas² tauuu

Fafau de Craft ( Zana ) said...

klu bwk..compem xpanas da laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...