Arini tetiba nak story pasal kuih klate favrot sy iaitu cek mek molek. Bosan upload pict order hari²...arini nak share resepi yg sgt simple dan sng nak buat! ( Baru tau senang ok... :/ )..Ptg semalam saya telah berjaya membuat Cek Mek Molek!!!hahaa sabar je laa..
Inilah hasilnya kawan²...cute,comel & sedappp!
Resepi Cek Mek Molek Kelantan
Sumber : My Resepi
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
• 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
• 1 cawan tepung gandum
• gula
• minyak untuk
menggoreng
Cara-cara
1.Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2.Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3.Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil
gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4.Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa
menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
5.Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga
masak/perang.
~ Selamat Mencuba ~
2 comments:
bawak esok weh!!!!
hahahahha panas² tauuu
klu bwk..compem xpanas da laa..
Post a Comment